Forcipomyia Taiwana

PROPM TECHNOLOGY (M) SDN BHD

FORCIPOMYIA TAIWAN

Panjang badannya lebih kurang 1.4mm, mudah melepasi langsir dan tirai rumah, reaksi alergi gigitan dan sedutan darah lebih kuat daripada nyamuk. Gatalnya susah dikawal, bekas gigitannya selalu berparut. Kadang-kadang bercalar-calar dan digelar ‘Ais Kacang’. Penghuni pedalaman sering terganggu namun sehingga kini tiada dikesan membawa penyakit, hanya dikenali serangga gangguan sahaja. (nuisance)

 

Perbezaan antara forcipomyia Taiwan dan nyamuk

Forcipomyia Taiwan merupakan Ceratopogonidae manakala nyamuk merupakan Culicide. Manusia sering kali salah anggap bahawa kedua-duanya membiak dalam air melalui telurnya, menyebabkan rawatanya bercelaru. Sebenarnya larva Forcipomyia Taiwan ialah terrestrial, permukaan tanah tiada semak menutupi, kelembapan dan bercahaya amat sesuai untuk pembiakan.

 

Bagaimana untuk mengawal?

Disebabkan kawasan pembiakan sangat meluas, penghapusan secara total agak sukar, penggunaan racun serangga boleh merosakkan alam sekitar, kini hanya guna rawatan gejala untuk mengatasi masalah.

 

Pembetulan Alam Sekitar

1. Persekitaran tempat kediaman yang berlopak hendaklah ditimbus demi mengelakkan tumbuhan lumut dan rumpai air.
2. Kawasan lapang rapatkan tanaman rumput
3. Bersihkan longkang yang berlumpur
4. Hapuskan bangsal yang tidak berguna

 

Kawalan Peribadi

1. Kurangkan aktiviti luar ketika berleluasanya forcipomyia Taiwan. (Walaupun Forcipomyia Taiwan aktif pada waktru siang namun Forcipomyia Taiwan jantan tidak menghisap darah.)
2. Pakai pakaian berlengan panjang ketika musimnya, ketika menjalni aktiviti luar jaga bahagian leher, tapak tangan dan kaki serta kulit yang terdedah, sapu atau gosok dengan gunakan DEET, ubat ini boleh tahan 2-3 jam dan gunakannya selang setiap 3 jam