Tikus

PROPM TECHNOLOGY (M) SDN BHD

Spesies tikus rumah?

• Tikus Mus musculus --- panjangnya kira-kira 6 ~ 10cm, ia adalah tikus domestik terkecil
• Tikus Rattus rattus --- panjangnya sekitar 16 ~ 21cm
• Tikus Rattus norvegicus --- panjangnya sekitar 18 ~ 25cm, yang terbesar dari tikus domestik

 

Tikus mengakibatkan beberapa perkara yg boleh membahayakan kesihatan manusia antaranya
1. Menyebarkan penyakit berjangkit (kes biasa termasuk wabak, hantavirus, dll.)
2. Pencemaran makanan
3. Mencuri makanan
4. Boleh menyebabkan kebakaran dan kerosakan akibat daripada gigitan wayar,kabel dan sebagainya
5. Sering merosakan barangan keperluan seharian manusia seperti pakaian,perabot,tempat menyimpan makanan dan lain-lain.
6. Kadangkala ada berlaku kejadian seperti kes digigit tikus.
7. Kekotoran yg disebabkan tikus ini boleh menyebabkan tekanan mental dikalangan manusia.

 

Bagaimana cara mencegah tikus

1. Kemaskan kebersihan rumah
Pastikan bilik dan gudang makanan tidak berlubang.
Jangan membuang sisa makanan ke dalam longkang.
Pastikan kesemua sampah dibungkus dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Jika ada pintu atau dinding yang berlubang dirumah pastikan ditutup atau ditampal menggunakan simen atau kepingan kayu atau logam.
2. Kawalan tikus secara fizikal
• Gunakan perangkap tikus seperti papan atau kadbod pelekat tikus.
• Gunakan jepitan tikus.
• Menangkap tikus dengan perangkap
• Ultrasonik
• Ultraviolet
3. Cara-cara pencegahan bahan kimia:
• Fumigasi gas beracun
• Umpan racun cecair
• Siapkan stesen umpan padat
• Keracunan serbuk dengan racun tikus
• Guna bahan kimia penghalau
• Cara pakai bahan kimia kemandulan dan pencegahan kehamilan

 

Tahukan anda kenapa tikus gemar mengigit?

Tikus mempunyai sepasang gigi hadapan yg tajam. Keadaan ini menyebabkan tikus aktif mencari makan dimana-mana sahaja.Tanpa gigi ini tikus akan menjadi sukar untuk mendapatkan makanan dan menyebabkan kematiannya.

 

Pengenalan Virus Hanta Laluan jangkitan?

1.Virus Hanta mudah dijangkiti melalui najis tikus jika tersentuh.
2.Ia juga mudah dijangkiti melalui air kencing tikus. Zarah-zarah air tikus yg mengering akan diterbangkan ke udara dan memasuki pernafasan manusia.
3.Makanan yang terdedah juga mudah dicemari oleh virus hanta ini.
4.Buat masa ini belum disahkan penyakit ini boleh disebarkan melalui manusia. Namun begitu ianya berisiko tinggi kepada ibu hamil.

 

Cara Rawatan?

Terutama sokongan terapi, dengan pemindahan darah, ubat kardiovaskular dan dialisis buah pinggang untuk membantu pesakit melalui tempoh berbahaya. Apabila kegagalan pernafasan berlaku, rawatan dengan alat pernafasan diperlukan.

 

Pengenalan wabak

Dikenali sebagai Yersinia Pestis atau 'Black Dealth' yang boleh menyebabkan pesakit tersebut meninggal dunia akibat pendarahan di bawh kulit yang akan berubah menjadi kehitaman.

 

Laluan jangkitan

Wabak berpunca daripada Yersinia Pestis yang boleh berjangkit kepada tikus itu sendiri, kucing, anjing dan lain-lain termasuk pinjal.
Manusia boleh dijangkiti wabak ini melalui gigitan pinjal sebagai pembawa wabak. Wabak pneumonik disebarkan melalui titisan udara.

 

Gejala-gejala

1. Demam hemoragik dengan sindrom renal
Gejala mungkin bermula sekitar lima hari hingga 3 minggu selepas dijangkiti. Gejala tersebut termasuk demam, keletihan dan sakit otot (biasanya di bahagian belakang badan, bahu dan/atau peha). Gejala awal yang lain termasuk sakit kepala, pening, menggigil dan sakit perut (seperti muntah, loya dan/atau cirit-birit).

2. Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS):
Gejala awal adalah demam, sakit kepala, sakit otot yang serius seperti sakit pada peha, pinggul dan belakang. Ada yang akan mengalami masalah perut, mual, loya, pening, menggigil dan gejala lain. Gejala lewat muncul selepas 4 hingga 5 hari adalah termasuk hidropneumonia yang teruk, batuk, sesak nafas, dan malah boleh membawa maut apabila keadaan menjadi lebih teruk.

 

Cara-cara Mencegah Jangkitan Hantavirus?

1. Simpan makanan dan air di dalam bekas yang sesuai untuk mencegah jangkitan tikus mencari makan.
2. Jika sampah makanan tidak dapat dibuang serta-merta, sampah tersebut perlu diletakkan di dalam tong sampah yang mempunyai penutup yang ketat.
3. Kutleri dan peralatan dapur hendaklah dicuci secepat mungkin selepas digunakan. Kekalkan kebersihan dapur dan tempat anda.
4. Sekat semua lubang tikus dan celah-celah di sekeliling rumah bagi menghalang tikus masuk.
5. Semasa menghapuskan tikus, ambil langkah berjaga-jaga untuk membunuh kutu dan hama dibadannya.
6. Jika pakaian, perkakas dan perabot disyaki dijangkiti oleh najis tikus, anda harus memakai topeng dan sarung tangan getah lalu bersihkan barang-barang tersebut menggunakan detergen dan keringkan di bawah matahari. Gunakan pembersih lantai atau peluntur isi rumah yang dicairkan untuk mengemop lantai dan membersihkan rumah anda.

 

Cara Rawatan Plague.

Kini wabak plague boleh dirawat dengan pelbagai jenis biotin (tetracycline streptavidin chloricin), Selagi didiagnosis dan dirawat awal, kadar kematian wabak ini tidak lagi menjadi ancaman kepada manusia.

 

Adakah terdapat Vaksin terhadap wabak?

Vaksin Yersinia perlu disuntik/diinokulasi untuk 2 hingga 3 dos. Dan tempoh perlindungannya tidak lama. Maka tidak digalakkan untuk diinokulasi melainkan yang bekerja dalam makmal berkaitan.

 

Sejarah Kemusnahan Akibat Wabak Plague!
Wabak plague pernah 3 kali pandemik dalam dunia.


Pertama kali pada 520 – 565 sebelum masihi, tempat wabak berlaku sekitar Lautan Mediterranean, jumlah kematian lebih kurang 100 juta orang, mengakibatkan kejatuhan Empayar Rom Timur.


Kali kedua pada abad ke-14 (1346 hingga 1665), merangkumi sekitar Negara Eropah, Asia dan Zon Utara Afrika. Terutamanya di Eropah yang mempunyai penduduk lebih kurang 100 juta orang, suku penduduknya mati kerana wabak ini. Menyebabkan gangguan aktiviti terhadap keagamaan dan ekonomi di Eropah.


Kali Ketiga berlaku sekitar akhir abad ke-19 (1894) sehingga awal abad ke-20..Ramai pakar menganggap ia bermula di sekitar Kwangtung dan Hong Kong dan menyusuri lautan merebak ke Asia, Eropah, Amerika dan Afrika, Wabak ini meliputi hampir ke semua bandar dunia yang berhampiran lautan dan kawasan penduduk daratan yang berkaitan. Ini menyebabkan banyak Negara panik kerana sebahagian penduduk sudah lama tidak mengalami pandemik ini. Dan Wabak ini juga dikenali sebagai “mati kehitaman.” menyebabkan orang ramai ketakutan.