Sangat berkait rapat dengan manusia dalam bilik adalah
• Blattella Germanica (Jerman)
Panjang badannya antara 10 – 16 mm
Merupaka lipas rumah paling kecil
• Periplaneta Australasiae (Australia)
Panjang badannya antara 25 – 35 mm
• Periplaneta Americana (Amerika)
Panjang badannya antara 30 – 50 mm
Merupakan lipas rumah paling besar
1. Ramai orang yang alergi terhadap lipas. Ekstrak lipas boleh menyebabkan reaksi kulit yang positif kepada mereka yang sensitif, dan dalam kes yang paling teruk, boleh mencetuskan serangan asma apabila allergen disedut atau dikontaminasi dalam makanan.
2. Lipas membawa penyakit manusia. Ia merupakan vector mekanikal disebabkan oleh tabiatnya yang sangat buruk iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mencari makanan. Akhirnya, badannya akan memindahkan kuman yang dibawanya kepada manusia atau makanan yang bakal dihidangkan.
3. Lipas boleh mengkontaminasi bahan makanan dan perkakas memasak dengan meninggalkan najis, kulit yang disalin, badannya yang sudah mati, dll.
4. Entomofobia – ramai orang yang berasa terganggu atau takut apabila ternampak lipas. Ini mungkin dikaitkan dengan pergerakkannya yang pantas dan tidak dapat diramal.
5. Dimana sahaja terdapat serangan lipas, disitulah akan terdapat bau yang tidak menyenangkan.
1. Lohong atau longkang pada waktu malam.
2. Papan kambi yang longgar, rekahan dan celahan serta lohong yang merekah.
3. kotak Kadbod.
4. Masuk melalui tong gas.
5. Bersama perabot ketika pindah rumah.
1. Meningkatkan kebersihan alam sekitar
- Sanitasi dalam rumah.
- Bersihkan perkakas dapur.
- Simpan makanan dalam peti sejuk.
- Bersihkan segera sisa makanan pada hari tersebut.
2. Pengawalan Secara Fizikal
- Gunakan perangkap lekit.
- Perangkap Elektrik (Ultrasonik Elekromegnet)
- Perangkap Balang dengan makanan
3. Pengawalan Secara Kimia
- Racun serangga residu.
- Umpan gel.
- Pendebuan.
- Kerintangan racun serangga.
4. Pengawalan Secara Fisiologi
- Insect growth regulator.
- Pheromone.
5. Pengawalan Secara Biologi.
- Lebah parasit
- Nematode
- Perangkap Musuh Semulajadi
- Lipas adalah “kaki botol”, boleh gunakan kaedah perangkap ini
- Jadikan makanan ikan naga merah, sisiknya akan jadi lebih bersinar-sinar.