Myamuk

PROPM TECHNOLOGY (M) SDN BHD

Spesies Nyamuk

- Nyamuk Rumah Tropikal (Culex quinquefasciatus) - Giat Waktu Malam
- Nyamuk Rumah Bawah Tanah (Culex pipiens molestus) - Tidak Terhad Siang Atau Malam
- Nyamuk rumah Berbelang Tiga (Culex tritaeniorhynchus) - Giat Waktu Malam
- Nyamuk rumah bergelang (Culex annulus) - Giat Waktu Malam
- Nyamuk Aedes Egypt (Aedes aegypti) - Giat Waktu Siang
- Nyamuk bergaris putih (Aedes albopictus) - Giat Waktu Siang
- Nyamuk abdomen berbelang putih (Armigeres subalbatus) - Giat Waktu Malam, Siang Kurang
- Nyamuk Minimus (Anopheles minimus) - Giat Waktu Malam
- Nyamuk Sinensia (Anopheles sinensia) - Giat Waktu Malam

 

 

Bahayanya Nyamuk?

1. Filariasis - disebar oleh Nyamuk Rumah Tropikal (Culex quinquefasciatus)
2. Encephalitis - disebar oleh - Nyamuk rumah Berbelang Tiga (Culex tritaeniorhynchus) dan Nyamuk rumah bergelang (Culex annulus)
3. Denggi - disebar oleh Nyamuk Aedes Egypt (Aedes aegypti) dan Nyamuk bergaris putih (Aedes albopictus)
4. Malaria - disebar oleh Nyamuk Minimus (Anopheles minimus)

 

Pembiakan Larva?

1. Nyamuk rumah tropika
Kebanyakan membiak dalam air bertakung seperti parit, longkang, pembetung, tangki septik.
2.Nyamuk rumah bawah tanah
Membiak di bangunan bawah tanah, tangki septik yang tidak bertutup rapat, pembinaan ruang bawah tanah
3. Nyamuk Berbelang tiga dan bergelang
Bendang padi, gua air, jeram sungai
4. Nyamuk Egypt
Bekas buatan yang airnya jernih.. seperti bekas penyimpanan air, tempayan, bekas tiub tayar, baldi, pasu bunga, dulang pasu, tin dan botol.
5. Nyamuk berjalur putih
Seperti nyamuk Egypt, medan air asli seperti lubang pokok, pokok buluh dan batu berlubang atau berliang paling digemari.
6.Nyamuk abdomen berbelang
Tangki septik, bekas air kencing, kotoran air penternakan babi.
7. Anopheles minimus
Tempat air jernih , aliran jeram yang perlahan, parit menyiram
8. Anopheles sinensis
Tempat takungn air yang kurang jernih, tempat yang luas dan air tenang seperti sawah padi dan kolam teratai.

 

Cara pengawalan ?

1. Sanitasi kerjasama semua pihak
Untuk menghapuskan larva merupakan asas pengawalan yang paling berkesan.
2. Kawalan secara fizikal
Gunakan perangkap elektrik
Gunakan alat pelekit
Gunakan pelindung nyamuk seperti kelambu dan pintu atau tetingkap berskrin atau berkasa.
3. Kawalan Secara Kimia
Penggunaan racun serangga, samada terus ke atas larva atau nyamuk dewasa, menjadi langkah utama untuk kawalan nyamuk sejak adanya DDT.
4. Kawalan Agen Fisiologi
Insect growth regulator
5. Kawalan Secara Biologi
Satu-satunya agen biologi yang efektif dari segi kos ialah Bacillus thuringiensis dan Bacillus sphaericus.

 

Adakah anda tahu rahsia nyamuk?

Nyamuk jenis culex daripada larva ke dewasa boleh bertelur dan membiak kali pertama tanpa pernah menghisap darah. Jenis ini (Autogeny) sangat istimewa bagi spesies nyamuk ini. Adakah anda tahu bahawa nyamuk jantan tidak menghisap darah kerana bebulu pada sesunggutnya terlalu lebat!!

 

Denggi

Demam denggi, biasanya dikenal sebagai " Dengue " , adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus denggi. Virus denggi terbahagi kepada jenis 1, 2, 3, dan 4 mengikut ketulenannya

 

Cara merebak

- Virus denggi hanya boleh wujud pada manusia, monyet dan nyamuk vektor.
- Nyamuk vektor denggi ialah Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus
- Virus merebak antara manusia mesti melalui gigitan nyamuk vektor
- Demam denggi bermula dengan demam panas antara 8 – 15 hari, kemudian ia berupaya merebak selepasnya. Jangkitan berulang dengan pelbagai jenis virus denggi boleh menyebabkan demam denggi berdarah?
(Berbeza mengikut keparahan penyakit)
1. Demam Denggi
2. Denggi Berdarah
a. Dengue Hemorrhagic Fever
b. Dengue Shock Syndrome

 

Gejala?

1. Gejala tipikal demam denggi ialah demam panas (39° - 10°) atau demam sejuk yang melampau, kulit beruam dan sakit anggota badan, sakit otot, sakit dahi dan mata dll.
2. Gejala klinikal Denggi Berdarah yang utama ialah demam panas, sakit kepala, sakit otot, loya, muntah, lemah seluruh badan, hidung berdarah, pendarahan gastrousus, pendarahan rahim, kencing berdarah dan beruam dalam tempoh pemulihan dll.
- Gejala Demam Denggi Heorrhagic dan Shock Syndrome hampir serupa, perbezaannya ialah denggi berdarah Shock Syndrome terdapat tanda-tanda darah mengalir keluar, muncul ascites dan efusi pleura ketika klinikal, ini adalah jarang dijumpai bagi jenis demam denggi.
- Ketika pesakit jenis demam denggi berdarah mengeluar darah, pesakit akan mengalami kejutan yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Denggi. Ketika ini pesakit akan mengalami kulitnya sejuk dan basah, anggota kaku, gelisah, nadi lemah, tekanan nadi sempit (<20mmHg), sekiranya tidak diberi rawatan segera, akan membahayakan nyawa pesakit.
- Jenis Demam Denggi Berdarah apabila pesakit mengeluar darah ialah ketika demam panas berkurangan atau lebih kurang antara 24 hingga 48 jam selepas pesakit berkurangan demam panas. Maka ketika ini, doktor akan menasihat keluarga pesakit untuk memantau perubahan pesakit, sekiranya pesakit mengalami kulit sejuk dan lembab, anggota kaku dan gelisah hendaklah berjumpa doktor segera. Jangan salah anggap bahawa pesakit sudah berkurangan demam panas dan semestinya lebih lemah.

 

Masa Kritikal Pesakit Denggi

Masa Kritikal merawat demam denggi berdarah ialah lebih kurang pesakit mulai berkurangan demam panas atau selepas kurang demam panas antara 24 hingga 48 jam, berkemungkinan keluar darah.

 

Kadar kematian Demam Denggi

1. Demam Denggi
Kanak-kanak dan orang tua kurang mengalami berbanding dengan orang dewasa; kadarnya kurang 1%.
2. Demam Denggi Berdarah
Kadar dijangkiti ialah bayi kurang setahun dan kanak-kanan antara 2 hingga 8 tahun paling tinggi, sekiranya tidak diberi rawatan bersesuaian, kadar kematian boleh menjangkau lebih 15 – 50%.

 

Cara-cara Untuk Mengelakkan Jangkitan Demam Denggi

1. Elakkan siang hari daripada gigitan nyamuk.
2. Pasang langsir pintu dan tingkap.
3. Ketika musim demam denggi, pasang kelambu ketika tidur.
4. Gunakan lampu perangkap nyamuk pada tempat yang gelap siang hari.
5. Gunakan ubatan yang diluluskan oleh pihak berkuasa persekitaran, sembur pada tempat yang gelap, jangan gunakan ubat serangga jika tidak berkeperluan.
6. Bersihkan takungan perkakas, hapuskan larva vektor, merupakan kaedah asas mengelakkan demam denggi yang paling berkesan.

 

Perkara Berwaspada:

1. Pesakit Demam Denggi hendaklah banyakkan berehat, minuman air yang cukup, bekerjasama dengan para doktor, patuhi makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pesakit akan beransur sembuh lebih kurang selepas seminggu, tidak akan ada penyakit sampingan.
2. Dalam tempoh mengalami penyakit, sekiranya digigit oleh vektor nyamuk akan tersebar kepada orang lain. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, pesakit hendaklah pasang kelambu dan jaga kebersihan persekitaran, supaya tiada vektor nyamuk berkesempatan untuk membiak.